MUSIBAH WABAK COVID-19 DAN KEPENTINGAN KEROHANIAN

COVID-19 adalah sejenis virus yang telah melanda dunia pada akhir tahun 2019. Virus ini telah menimbulkan pandemik dalam masyarakat kerana ia bukan hanya menjangkiti fizikal manusia tetapi ia telah melumpuhkan banyak sistem kehidupan termasuklah aspek sosial, kesihatan, ekonomi, kekeluargaan, kerohanian dan sebagainya. Bilangan angka kes yang telah dijangkiti sehingga hari ini semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan. Pelbagai pihak telah mengambil langkah yang serius untuk memastikan prosedur operasi standard dan norma-norma baharu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. 

Sebagai seorang Muslim yang percaya dengan ketentuan Qada’ dan Qadar Allah SWT, di samping berusaha menjaga diri secara fizikal, kita juga perlu melindungi diri dengan memohon doa kepada Allah SWT. Peranan kerohanian tidak boleh dipandang ringan kerana ia juga berupaya untuk menstabilkan diri manusia agar lebih positif ketika berhadapan dengan virus COVID-19. 

Comments

Popular posts from this blog

CERDASKAN ROHANI!