Posts

Showing posts from June, 2021

WABAK COVID-19 LATIHAN MEMBERSIH ROHANI

Image
Bagi mencegah penularan COVID-19, antara norma baru yang diperkenalkan sebagai amalan ialah kebersihan diri. Ini termasuk kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau bahan nyah kuman ( sanitizer ). Adalah suatu yang baik untuk mencuci tangan apabila berada di luar rumah, terutamanya apabila telah menyentuh sebarang permukaan. Manakala di dalam rumah pula, keraplah mencuci tangan setelah melakukan aktiviti yang melibatkan sentuhan pada permukaan yang kotor atau disyaki mempunyai kuman. Bukan sahaja ketika berhadapan dengan musibah COVID-19 ini, malah Islam mengajarkan supaya kita berusaha menjaga kebersihan diri dengan sebaiknya dalam apa juga keadaan sekalipun. Hikmah daripada tuntutan Islam tersebut kini dapat dilihat dengan lebih jelas iaitu bagi menjaga kesihatan diri dan mencegah daripada timbulnya penyakit. Malah inilah sebagai satu peluang menjadikan amalan-amalan ini sebagai latihan bagi membersihkan rohani. Panduan dalam Islam yang terkait dengan penjagaan kebersihan, khususnya...

TAUHID ASAS KETENANGAN HATI

Image
  “Perbezaan antara orang yang mempunyai hati yang baik dan sebaliknya ialah terletak pada kesempurnaan amal, iaitu sejauh mana seseorang mengambil daripada al-Quran dan perintahNya.”  (Said Hawwa, 1999, ms. 23)

CERDASKAN ROHANI!

Image
Dalam kegusaran menghadapi wabak COVID-19, amat penting untuk kita mempunyai strategi bagi memastikan apa jua cabaran dapat dihadapi dengan tenang. Salah satu aspek yang penting ialah dengan meningkatkan kecerdasan rohani pada diri setiap Muslim. Kecerdasan Rohani atau terjemahan Inggerisnya  spiritual intelligence  adalah kunci utama untuk menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Bagi seorang Muslim, kecerdasan rohani yang dimaksudkan haruslah merujuk kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Elmi Baharuddin (2013)  mendefinisikan kecerdasan rohani sebagai kekuatan dalaman manusia yang berasal daripada jiwa, hati, perasaan, keimanan yang mendalam, amalan ketekunan berdasarkan petunjuk daripada Allah dan akhlak yang baik. Perkataan rohani atau  spiritual  adalah kata lawan dari perkataan yang berunsurkan material iaitu bukan material. Unsur-unsur bukan material ini dikenal pasti sebagai roh (al-ruh) dan jiwa (al-nafs), yang fitrahnya diciptakan oleh Allah SWT. Ia juga di...

MUSIBAH WABAK COVID-19 DAN KEPENTINGAN KEROHANIAN

Image
COVID-19 adalah sejenis virus yang telah melanda dunia pada akhir tahun 2019. Virus ini telah menimbulkan pandemik dalam masyarakat kerana ia bukan hanya menjangkiti fizikal manusia tetapi ia telah melumpuhkan banyak sistem kehidupan termasuklah aspek sosial, kesihatan, ekonomi, kekeluargaan, kerohanian dan sebagainya. Bilangan angka kes yang telah dijangkiti sehingga hari ini semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan. Pelbagai pihak telah mengambil langkah yang serius untuk memastikan prosedur operasi standard dan norma-norma baharu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.  Sebagai seorang Muslim yang percaya dengan ketentuan Qada’ dan Qadar Allah SWT, di samping berusaha menjaga diri secara fizikal, kita juga perlu melindungi diri dengan memohon doa kepada Allah SWT. Peranan kerohanian tidak boleh dipandang ringan kerana ia juga berupaya untuk menstabilkan diri manusia agar lebih positif ketika berhadapan dengan virus COVID-19.