MUSIBAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Allah SWT bersifat kasih sayang (rahmah) terhadap seluruh makhluk-Nya yang merangkumi sekalian manusia sama ada beriman ataupun tidak. Rahmat Allah SWT itu teramat luas serta tidak terhitung. Ujian yang dihadapi oleh manusia juga adalah sebagai suatu bentuk rahmat untuk mengelakkan manusia daripada terus lalai dalam kemaksiatan dan hanyut dengan nikmat dunia. Musibah merupakan kejadian yang tidak diingini oleh manusia serta mendatangkan beban. Hakikatnya, reaksi penerimaan manusia terhadap musibah dapat membongkar rahsia hati sama ada benar-benar beriman atau sebaliknya.
Allah
SWT telah berfirman dalam Surah al-Ankabut, 29:2-3) yang bermaksud;
“Patutkah manusia menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman",
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Demi sesungguhnya! Kami
telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian
yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah SWT tentang orang-orang yang
sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang
orang-orang yang berdusta.”
Hanya orang yang telah ditarbiyah hatinya berteraskan akidah yang mantap kepada Allah SWT akan merasai kecerdasan rohani yang akhirnya menghasilkan perasaan tenang dan bahagia walaupun sedang menghadapi kesusahan. Meyakini bahawa Allah sebagai Tuhan seluruh alam, Nabi-nabi sebagai utusan, panduan daripada kitab khususnya al-Quran, peranan malaikat, hari kebangkitan dan qada dan qadar serta menyedari diri sebagai hamba akan membangunkan kecerdasan rohani yang mampu menerima apa jua keadaan yang ditentukan Allah dengan sabar dan redha (Sa’id Hawwa, 1999, ms. 158-161).
Comments
Post a Comment