KECERDASAN ROHANI
Dalam kitabnya, Imam Said Hawwa menerangkan tentang empat fasa bagi memupuk kecerdasan kerohanian
seorang Muslim.
Apabila didepani dengan cabaran atau ujian, seseorang harus kembali kepada fitrah kejadian manusia. Allah SWT telah menjadikan manusia dengan
akal, hati, pancaindera, jasmani dan rohani yang seimbang supaya manusia dapat
menjaga keadaan fizikal mahupun spiritual.
Berhadapan dengan musibah,
perkara yang diajarkan oleh Imam Said Hawwa ialah melihat kepada asas agama:
apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang. Sebagai hamba kita perlu meyakini
bahawa tidak ada apa yang berlaku melainkan ianya dalam penguasaan dan ilmu
Allah SWT. Setiap musibah yang melanda ada pengajaran yang berguna untuk diri
manusia. Ia membantu dari sudut kesihatan rohani dan keseimbangan mental dan
fizikal seseorang. Inilah yang diperihalkan oleh Imam Said Hawwa terhadap
keperluan menjaga kesihatan tubuh badan yang merangkumi aspek fizikal,
spiritual dan mental.
Comments
Post a Comment